Assalamualaikum...
Lama rasanya aku tak update blog. Bukan apa, busy sikit lah sekarang. Yela umur pun dah meningkatkan so kerja sekolah pun semakin banyak. Dan ingatan aku pun semakin teruk. Arg! Korang mesti tak fahamkan kenapa tajuk macam tu? Takpe, meh aku cerita.
Kat rumah, aku ada satu laci yang mmg private. Laci tu untuk aku dan laci tu boleh kunci, so every  day before go to school aku akan kunci laci tu. Dalam laci tu memang banyak sangat barang yang aku sayang. Lepas kunci laci tu aku akan bawak kunci tu sekali pergi sekolah. Tengok! Betapa sayangnya aku dengan laci tu. 
Harini, aku pun buat lah macam biasa. Kunci laci tu before go to school and bila aku balik rumah, kunci tu takde. Ya Allah! Mula-mula memanglah aku tak perasan. Then bila dah bersihkan diri semua sebelum nak solat aku pun carilah kunci. Nak tengok barang-barang kesayangan aku but where the key? Err.. I feel like crazy at the time! Astaghfirullahalazim! Where the key? Where?!
Mula-mula tu aku chill lah lagi. Fikir dalam kepala " It's okay. Cari perlahan-lahan. Ni semua dugaan. " . After 10 or 20 minutes, aku dah jadi macam orang saral. Dok keluar masuk bilik. Tengok atas study table takde, tengok dalam laci dekat study table takde. Semua tempat takde. Spare key pulak, aku lupa letak mana. LailahaillAllah.. 
After that, dah tak tahan sangat hujan pun mula turun... Arg! Aku pakse jugak otak aku untuk ingat but tak boleh. So aku buat keputusan untuk solat dulu, After solat, aku rasa hati aku tenang. Tak macam mula-mula tadi. Lepas tu aku pun sambunglah cari balik but tak jumpe jugak. Hujan pun mula lah turun untuk kali keduanya.. Allah hu Akbar!
Cari punya cari, tak jumpa jugak. Macam-macam cara aku buat untuk bukak laci tu tapi tak berjaya. Erg! Jadi aku pun fikir, mungkin kunci tu terjatuh waktu aku OTW balik rumah, mungkin juga kunci tu jatuh waktu aku keluarkan duit nak beli pape. It's okaylah. Ada hikmah di sebalik semua ni. Bukan ke perancangan Allah itu yang terbaik. Yang kita perlu buat ialah usaha,tawakal dan doa.Lepas penat berfikir, aku pun buat satu keputusan. Semua aku serahkan kepada Allah dalam masa yang sama aku usaha untuk cari kunci tu. Ujian itukan bentuk kasih sayang Allah untuk kita semua. Jadi aku tabahkan hati aku. Aku pun redha. 
But cuba pikir balik, aku ni careless right? Dah tahu kunci tu kecik simpanlah dalam pencel box kan? Tak pun dalam purse ke. Ni aku pergi letak dalam poket macam tu je. Kalau kunci tu ade key chain ke takpelah, ni tak kunci tu satu je, xde key chain or what. Haishh!! Salah diri sendiri. Takpe, belajar dari kesilapan. So korang semua tak payah nak ikut sikap careless aku ni. Kalau dah tahu bende tu berharga, jaga elok-elok. Jangan abaikan dia sebab bila dia takde barulah kita tahu betapa pentingnya bende tu walaupun ia hanyalah kunci. :) . 
That all for today. See you next time. Assalamualaikum. 


Islam Itu Indah :)

Assalamualaikum...
          Islam, Agama aku.. Islam, sempurna di mata aku.. Islam, penenang hati aku.. Alhamdulillah.. Aku memang di lahirkan sebagai seorang Islam tetapi aku tidak pernah cuba untuk memahami Islam.. Aku selalu lalai dengan dunia yang sementara.. Aku terlalu asyik dengan dunia sehingga melupakan yang aku akan ada lagi satu tempat yang kekal abadi iaitu akhirat.. :) .. Aku bersyukur sebab Allah dah buka hati aku untuk mendalami Islam.. Baru aku perasan banyak perkara yang aku lakukan yang bertentangan dengan agama Islam terutamanya bab aurat.. Ya! Memang aku bertudung, tapi aurat lain aku tak jaga.. Lengan aku tayangkan.. Pakaian aku? Ada yang ketat.. Tengok! Betapa jahilnya aku.. Astagfirullahalazim..
         Aku pernah cuba untuk berubah tapi kenapa aku selalu gagal? Kenapa? Mungkin kerana aku terlalu ikutkan nafsu aku.. Terlalu terikut-ikut dengan trend dunia sekarang.. Hmm.. Aku sedih sangat.. Kenapa aku yang lahir dalam Islam tak pernah nak menghargainya tapi orang lain, bersusah payah nak mencari agama yang benar.. Haha! Betapa teruknya aku.. Tapi tak mengapa.. Bukankah Allah sentiasa menolong hambanya yang berusaha? InsyaAllah.. Aku akan berubah.. Menjadi yang lebih baik daripada semalam untuk masa hadapan.. Semoga impian aku ni tercapai.. :) ..
          Aku tahu, pasti ramai yang cakap aku ni " berlagak alim, perangai pun tah apa-apa " .. Well, siapa kita ni nak bagi semua orang suka kat kita kan? Siapa kita ni yang nak semua orang dengar cakap kita kan? Siapa kita ni nak semua orang pandang kita kan? Siapalah kita ni kan? Haha! Ya! Akan ada, tapi tak mengapa... Aku tak kisah.. Dulu aku terlalu dengar cakap orang sehingga aku terbuai dan terhanyut.. It's okay.. Mereka nak caci? Mereka nak hina? Silakan.. Lautan aku tadahkan.. Mungkin itu balasan atas apa yang aku buat, mungkin itu juga salah satu cara untuk aku padamkan dosa kecil aku.. Siapa yang tahu kan? Aku tak kisah, biarlah aku hina di mata manusia asalkan aku tak hina di mana Yang Maha Esa.. :)
          Aku nak belajar cara untuk menjadi muslimah yang baik.. Aku nak jaga aurat aku, aku nak ubah kesilapan aku.. Aku tahu, banyak dugaan yang aku akan hadapi tapi aku akan cuba.. Aku akan cuba untuk capai matlamat aku tu.. Aku taknak terhanyut lagi sekali.. Hmm.. Semoga Allah membantu aku.. InsyaAllah.. Aku pegang satu prinsip " If you believe yourself, you will get what you want " So? I believe myself.. :) .. I Can get what I want! Yes! I can! :D .. InsyaAllah.. Pray For Me.. :) .. And one more, to who that judge me, I want say thank because you are also one of the reasons I want to change.. Thank guys! Thank so much! :) ..
         Finally, I just want to say, Islam is my Religion, Islam is Perfect.. Allah Is My God And Muhammad SAW is my Prophet.. Islam is very beautiful religion.. Cubalah mendalami agama Islam itu kerana, semua yang kita perlukan kat dunia ni ada dalam Islam.. Islam adalah agama yang lengkap.. Tidak ada satu pun kekurangan pada agama Islam.. Dah banyak bukti Allah bagi dekat kita, hanya kita je tak pernah cuba nak mengkajinya.. Ya! Aku tak baik mana.. Kau pun tahu kan, aku ni manusia biasa yang sering buat kesalahan, kau pun tahu kan aku ni manusia yang sedang cuba untuk berubah? Jadi kenapa tidak kau menegur aku kalau aku salah? Kenapa tidak kau memperbetulkan kesalahan aku? Kenapa tidak kan? :) .. Aku harap aku dapat capai matlamat aku.. InsyaAllah.. Pray for me guys.. Assalamualaikum..