Tadi masa dekat sekolah Cikgu BM aku mengajar tatabahasa. Aku, mestilah macam selalu. Memekak macam orang gila. Then dia ada bagi latihan. Katanya macam tu lah keluar kat dalam SPM nanti. So aku dengan kawan-kawan aku pun dengan semangatnya buat.
Tengah buat tu, macam-macam lah kita orang tanya cikgu. Aku ni wajiblah terus minta jawapan, kerja senang kan. Tapi cikgu tak bagi. Then tengah syok buat sambil bersembang kami terjumpa perkataan mengebas. Aku punya lah fikir then dapat satu Idea.
Aku : Pak Abu mengebas selipar Tok Imam kerana selipanya telah hilang. Haa.. Okaylah ayat tu.
Kawan : Aah lah. Eh, ulang balik ayat tu. ( Bersedia untuk menyalin )
After dia dah salin tu kitaorang pun sambunglah nak buat ayat and perkataan seterusnya ialah buat-buat.
Kawan : Saya buat-buat tak nampak ketika Pak Abu mengebas selipar Tok Imam.
Aku and lagi dua orang yang lain : ???
That all for today. Bye. Assalamualaikum.